PAS yang memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004 telah membuat
satu pelaburan ‘sesat’ hingga mengakibatkan syarikat milik kerajaan
negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) rugi
sebanyak RM 37.5 juta untuk membeli 66,350,711 saham dalam syarikat
Aurado Energy Inc. (Aurado).
Aurado ialah sebuah syarikat minyak yang didagang pada Toronto Stock Exchange.
Vela Energy Holding Limited (Vela) memiliki 48.67% atau 306,262,289
saham dalam Aurado, yang mana 193,000,000 saham adalah hak punya beneficial iaitu hak punya Vela tetapi didaftarkan atas nama pihak yang lain (saham beneficial).
Urusan niaga utama Vela ialah pelaburan (investment holding) dan sebagai pemegang kuasa amanah (trustee) bagi pihak-pihak ketiga.
Pelaburan dalam syarikat Aurado itu adalah suatu peluang yang
berisiko tinggi yang kemudian ternyata menjadi sia sia belaka disebabkan
perkara berikut:
(a) Tiada sebarang due diligence mahupun pemeriksaan syarikat ini secara terperinci, bagi pelaburan sebanyak ini, tidak memadai secara rumusan syarikat tanpa due diligence yang mendalam.
(b) Pelaburan dan pembayaran di buat secara mudah tanpa pemegang cengkeram atau stakeholder bagi menentukan pembayaran pelaburan di buat secara beransuran.
(c) Tiada sebarang underwriting arrangement bagi melindungi EPIC sekiranya pelaburan ini mendatangkan kerugian, terutama apabila transaksi itu adalah secara private placement.
(d) Tiada juga sebarang representasi atau wakil EPIC di dalam
Lembaga Pengarah syarikat Aurado ini sedangkan EPIC mempunyai 13% saham
di dalam syarikat tersebut dan merupakan pemegang saham yang besar (substancial shareholder).
(e) Peguam-peguam EPIC telah menasihatkan bahawa peluang EPIC untuk
mendapatkan kembali pelaburannya adalah tipis sekali. Latar bekalang
kes, sekitar September atau Oktober 2003, EPIC telah dijemput untuk
melabur di dalam sebuah syarikat iaitu Aurado.
Pengurusan dan pentadbiran syarikat kumpulan EPIC ketika itu berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang dipegang oleh PAS.
Pada 29 Disember 2003, Lembaga Pengarah EPIC telah meluluskan pelaburan di Aurado secara private placement sebanyak CAD 10.5 juta bersamaan 13% pegangan saham di dalam Aurado.
“Pada 8 Januari 2004, bagi melindungi kepentingan EPIC di dalam syarikat Aurado ini, EPIC telah menandatangani suatu perjanjian ‘Put Option Agreement’
dengan Vela iaitu penjual/pemegang saham asal dan bersama di dalam
syarikat Aurado,” demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Terengganu diberitahu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, (13 Disember 2012),
“Pada masa yang sama dan tanpa pengetahuan EPIC, Vela juga telah
menandatangani suatu perjanjian Call and Put Option Agreement di antara Vela dan Aurado.
“Perjanjian itu membolehkan Vela bukan sahaja membeli saham-saham
Aurado sekiranya mahu, tetapi boleh juga menjual saham-sahamnya di dalam
Aurado juga.”
Namun, pada 31 Disember 2004, Aurado membayar Vela sebanyak USD 12 juta berdasarkan Call and Put Option Agreement yang telah dilaksanakan oleh Vela.
Tindakan tersebut secara langsung sepatutnya membolehkan Vela untuk
membayar hutang-hutangnya sama ada kepada BPI atau EPI, namun Vela gagal
membayarnya.
Menurut sumber EPIC, amat jelas perjanjian itu berat sebelah
”win/win” bagi Vela yang mana ,sekiranya saham Aurado meningkat nilainya
di Bursa Toronto, Vela berhak membelinya pada harga yang rendah, dan
sekiranya harga saham turun pula, Vela berhak menjualnya balik kepada
Aurado pada harga yang tinggi (iaitu harga ketika perjanjian di
tandatangani).
Dan apabila pada 21 Mac 2004, ketika Lembaga Pengarah EPIC Berhad
dibubarkan dan Lembaga Pengarah Baru dilantik berikutan dengan
kemenangan semula Barisan Nasional di Terengganu pada pilihanraya umum,
kegagalan pelaburan oleh kerajaan PAS mula dikesan.
Selepas mendapat tahu akan butir-butir pelaburan sesat ini, bagi
mendapatkan pelaburan EPIC sebanyak CAD 10.5 juta atau RM33 juta itu,
Lembaga Pengarah baru telah pada 29 Julai 2004 menyampaikan notis untuk
melaksanakan haknya di bawah Put Option Agreement kepada Vela di Switzerland.
Hasilnya, pada Ogos 2004, pengurusan baru EPIC telah mendapati bahawa:
(1) Vela telah mencagarkan saham-sahamnya di dalam Aurado kepada
Banco Popolare di Intra (BPI) sebagai cagaran untuk suatu pinjaman
kepada pihak ketiga yang tidak dikenali.
(2) Tindakan mencagar saham-saham Aurado bagi menyokong pinjaman
kepada pihak ketiga yang tidak dikenali ini adalah dipercayai tidak
membawa sebarang keuntungan mahupun apa-apa benefit sekalipun kepada Vela mahupun Aurado.
(3) Adalah juga dipercayai bahawa tindakan cagaran ini mungkin satu tindakan Vela untuk asset stripping dan mengelakkan tanggungjawabnya kepada EPIC setelah EPIC mengeluarkan Notis dibawah Put Option agreement.
(4) Pinjaman kepada pihak ketiga juga telah melanggar syarat-syarat
pinjaman dan PBI telah memulakan tindakan likuidasi terhadap Vela untuk
meliduikasikan saham-saham Aurado yang telah dicagarkan.
Berikutan itu, pada 12 Januari 2005, EPIC telah membuat permohonan untuk Arbitrasi (Timbang Tara) dan interim relief.
Interim relief diberikan pada 21 Januari, 2005 dimana Vela
dihalang menjual, menggadai, melupus atau menghapuskan saham-saham yang
dimilikinya di dalam Aurado sehingga proses timbang tara selesai
diputuskan.
Tuntutan EPIC itu telah dirujuk kepada timbang tara antarabangsa pada 5 Mac 2004 yang mana keputusan berpihak kepada EPIC.
Selain itu, berpandukan nasihat peguamnya di Switzerland, EPIC
memfailkan permohonan di British Virgin Island (BVI) pada 19 Mac 2005,
bagi melaksanakan keputusan timbang tara melalui Mareva Injunction yang boleh di laksanakan dipelbagai negara.
Pemohonan ini dibenarkan oleh Mahkamah BVI pada 5 April 2005. Untuk
rekod, semenjak Mac 2005 apabila tindakan asal di failkan di London,
EPIC telah membelanjakan hampir RM3.5 juta untuk tuntutannya terhadap
Vela.
Namun apa yang terjadi ialah, walaupun berjaya mendapatkan Perintah
Timbang Tara di mana EPIC telah berusaha untuk melaksanakan perintah
tersebut di Kanada, Itali dan Switzerland, kecuali pembayaran sebanyak
CAD 57,000.00, tindakan pelaksanaan EPIC yang lain tidak membawa hasil
sungguhpun perintah berjaya diperolehi.
Amat menyedihkan, jumlah kos yang ditanggung oleh EPIC dalam tindakan
terhadap Vela sehingga tahun 2008 melebihi RM4 juta sedangkan pelaburan
EPIC dalam Aurado telah dilupuskan atau written off.
Sungguhpun EPIC masih boleh meneruskan tindakan terhadap Vela,
Lembaga Pengarah EPIC memutuskan pada 29 April 2009 supaya
tindakan-tindakan lanjutan dan lain dihentikan.
Ia bagi mengelakkan perbelanjaan yang berterusan sedangkan
kebarangkalian syarikat untuk mendapatkan kembali wang pelaburan adalah
amat tipis sama sekali.
Siasatan EPIC yang terkini mendapati Aurado telah dibatalkan daripada
pendaftaran syarikat di Kanada pada 2010. Ini secara langsung sudah
tiada peluang sama sekali bagi EPIC untuk mendapatkan kembali
pelaburannya di dalam Aurado.
Jumlah pelaburan EPIC keseluruhannya yang rugi lebih kurang sebanyak
RM 37.5 juta untuk membeli 66,350,711 saham di dalam Aurado ternyata
sia-sia belaka.
Namun sejak kalah pilihan raya pada 2004, pemimpin PAS terus
membelasah pemimpin BN Terengganu dengan pelbagai asakan kononnya
pelaburan kerajaan negeri antara 2004 hingga sekarang tidak
menguntungkan dan merugikan rakyat.
Tetapi bagaimana dengan mereka sendiri yang ‘Mengata Dulang, Paku
Serpih’ selain ‘Buat Bodoh Bagai Lembu Kenyang’ sedangkan dosa dan
kesilapan merela kepada rakyat cuba disorokkan.
Wajarkah dosa-dosa PAS kepada rakyat dengan kerugian RM37 juta melalui pelaburan dalam vela ini didiamkan begitu sahaja?sumber
No comments:
Post a Comment